Thursday, 8 December 2011

Cintaku Cinderella

karya :October 2010
K
hairel mundar mandir. Kadang langkahnya ke depan, seketika kemudian ke belakang. Sebentar tadi berpusing-pusing mengelilingi meja dan adakalanya menghampiri jendela. Apa yang dirunsingkan? Entahlah.tak siapa yang mengerti andai bicara hati tak sudi dibicarakan.
“ Takde orang kat dalam dunia ni faham bahasa hati orang lain Rel. Kalau ada…dah lama hidup porak peranda. Tak ke naya kalau Prof Ainul tahu kau bahasa kan dia si ‘andalusia’…”
Khairel senyum sendiri mengenang bicara Nizam petang tadi. Tak pasal-pasal si ‘andalusia’ terheret sama dalam bicara mereka.
“ Sejak dua menjak dan beberapa menjak, aku tengok kau ni dah macam beruk kena belacan. Apesal, ada problem ka?” tambah Nizam dalam bicara.
“ Takde apa-apa..”
Pendek jawapan Khairel memaksa Nizam tersenyum. Alahai…kawan setia yang paling kecoh ni tetiba diserang virus ‘dungu’. Pelik benar. Dan beberapa ketika kemudian telapak tangan Nizam yang kasar bagai kertas pasir mendarat didahinya.
Terkejut dengan perbuatan Nizam yang menyangka dia tak sihat.
“ Aku OK le. Tak demam pun!”
Khairel menguatkan volumenya. Membuktikan dia dalam kondisi yang normal, tak sakit langsung!
“ Habis, apesal kau ni? Risau benar aku tengok kau macam ni…”
“ Aku…aku…”
“ Lah, dah kena bakteria gagap pulak ke?”
“ Aku….aku….”
Tergagap-gagap Khairel memaksa bibirnya untuk berkata. Bosan dengan situasi menunggu, pantas telapak tangan Nizam yang selebar-lebarnya itu menepuk keras belakang Khairel.
Seraya terkeluarlah segala isi hati, dan isi perut sekali.
“ Aku dah jatuh ‘cintan’ le…”
“ Hahaha….kelakarnya. Hohohohoho…kau ni kan memang dah sah-sah demam panas….”
Ketawa Nizam masih panjang. Bagaikan Khairel bukan disebelahnya.
“ Ketawalah….bagi keluar anak tekak kau tu sekali. Baru puas hati kan?” marah Khairel berfrekuensi tinggi.
Nizam pandang wajah Khairel. Terkulat-kulat.Ish…. apesal pulak jadi serius tak tentu fasal ni? Dalam hati Nizam bercambah-cambah rasa risau. Takut-takut Khairel hilang pertimbangan.
Hmm…tapi salah dia jugak. Orang bagi kepercayaan jadi pendengar, bukan tukang gelak macam tengok sarkas. Pulak tu runsing orang dibuat main-main. Sesabar manusia manapun, bila yang serius jadi bahan ketawa, tak kena maki hamun dah dikira bernasib baik sangat-sangat.
            “ Rileksla Bro. takkan hal macam ni kau nak marah-marah kot?”
            “ Kau ingat aku suka-suka je nak marah-marah tanpa sebab? Kalau kau tak nak percaya, tak nak dengar. Its OK. Tapi tak perlu la nak bantai gelak sakan kat aku macam tadi…”
            “ Ok..ok…sorry. Aku minta maaf.”
Nizam dekati Khairel yang duduk membatu. Wajah kusut Khairel dipandang lama-lama.
            “ Kau masih tak percaya?” Khairel mula bicara setelah diam agak lama.
            “ Macam ginilah Rel. apa yang kau percaya..yang kau rasa… Aku tak boleh nak komen apa-apa. Tapi..kalau kau anggap aku kawan susah senang yang kau kenal sejak sekolah menengah sampai sekarang, aku harap kau boleh dengar apa yang aku nak kata ni..”
            Buka bicara Nizam buat Khairel pasang telinga. Betul jugak. Selama sepuluh tahun ni, siapa lagi yang sudi nak bersusah-susah bersamanya, kalau bukan Saiful Nizam ini. Bukan dia tidak berteman yang lain, tapi manusia berkulit cerah, hidung mancung terletak inilah yang rela menghuni hospital berminggu lamanya masa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan seluruh jiwa dan raganya pada bola sepak.
            “ Sebelum aku nak cakap apa-apa. Kau anggaplah apa yang keluar dari mulut aku ni just my personal opinion. Kau nak agree, it’s up to you.. taknak accept.. its OK. As long aku dah cakap…
            Nizam lepas nafas. Sukar, terlalu sukar nak berlaku jujur.
            “ Mmm…aku tengok, fantasi bagi kau dah macam realiti. And aku takut kalau kau ikut sangat rasa kau tu..yang realiti tak mustahil boleh jadi fantasi bagi kau. Kau faham apa yang aku try sampaikan?”
            Kepala Nizam terpanggung. Lama. Mengharap pasti dalam bicara. Mencari jujur dalam kata-kata. Saiful Nizam yang bagai kembar siam buatnya tidak mampu berkongsi rasa ini. Langsung untuk faham. Jauh sekali.
            Gugusan jemari kanannya meraup wajah bujur yang sudah basah dek peluh. Penghawa dingin bagai hilang fungsi. Marahkah dia pada kejujuran Saiful Nizam? Fantasi dah jadi reality, reality akan jadi fantasi. Ish….macam orang gila la aku ni! Dia lepas pandang ke jendela, mencari bayang  mentari yang ligat tersenyum tadi. Tapi..mentari pun tak sudi nak tunjuk muka, bila sang bulan tak sabar nak tayang wajah.


Dia

            “ Khairel Izzudin Ahmad Fadli, this is my class. Not your lovely dreaming bilik tidur. So, focus on my lecture. If not…” tangan Dr Ainul menunjuk arah pintu. Hm…budak sekolah rendah pun faham sangat maksud yang nak disampai. Inikan pula student U yang tinggal setahun nak habis degree. Takkan buat-buat tak reti bahasa? Tiga puluh pasang mata yang lain, tak berminat nak ambil tahu. Bukan mereka tak arif, si ‘andalusia’ ni dah macam orang menopause. Marah tak bertempat. Melenting ikut suka hati. Pantang, cari salah si Khairel. Sebesar zarah pasti sengaja diada-ada.
            Khairel minta izin diri ke tandas. Mungkin nak segar tubuh yang dah mula rasa seram sejuk. Sejak semalam matanya dah mula rasa panas, pedih sikit-sikit. Tekak dah mula perit. Tadi pun bukan sengaja dia terlentok atas meja, macam orang patah tengkuk. Tapi kepalanya dah rasa macam naik roller coaster…Cuma muntah je tak lagi.
            Dia keluar dari tandas. Tapi jejaknya rasa bagai Shah Alam dilanda gempa. Bangunan berbelas tingkat ni rasa bergoyang-goyang. Dia gagahkan tubuh. Bersandar pada dinding. Mengharap Saiful Nizam, si kembar siam datang mencarinya. Ish…kalau tadi rasa bagai naik roller coaster, kini dia rasa macam naik DNA Mixture. Ya Allah, setiap sendi serasa longlai.
            “ Cici, tolong Cici!” dia dengar suara itu. Cemas.
Dia tak mampu nak keluar suara. Cemas tadi bersilih kalut.
            “ Nape ni?...korang, dia pengsan la..”
Tubuh dah menjengah lantai. Dia cuba buka pelupuk mata. Balam dek wajah putih bersih bersarung gaun bak puteri. Cantiknya.. sebelum seisi alam jadi gelap pekat.
           

Demam

            “ Makcik risaukan Rel, Nizam. Demamnya tak kebah-kebah. Dah dekat seminggu dia macam tu. Ke klinik sudah. Hospital pun dah pergi. Doctor kata demam biasa. Tapi…kenapa lambat sangat nak baik?”
            “ Biasalah makcik. Demam Rel tu demam ‘luarbiasa’. Ada masa-masanya dia OK.”
            “ Ish..macam tu pulak? Demam luarbiasa macamana tu?”
            “ Demam yang special..hehehe…”
            “ Pandai-pandailah kamu Zam… “cubitan runcing Puan Zainah buat Nizam ketawa. Bukan sebab sakit, tapi gelihati dek wajah percaya yang penuh ragu-ragu. Demam luarbiasa? Demam special? Puan Zainah tinggal Nizam bersama gelengan. Dah masak benar dengan peel teman si anak yang kuat menyakat. Kalau dilayan, entah kan bila sudahnya. Ikan didapur tak bergulai la gamaknya.
            “ Woi, kutuk aku bukan main. Ingat aku tak dengar?”
Nizam hampiri Khairel yang berselimut bagai di katil. Kesian kawan aku ni. Puteri punya pasal sampai demam-demam? Ni tak boleh jadi. Kena pergi berubat jawabnya. Dukun, bomoh, ustaz,mm…ish yang mana satu aku nak suggest ni?
            “ Kau dah OK?”
            “ Macam nilah…kau tengok aku camner?”
            “ Secara fizikal OK. Mental, aku tak tahu..” sakat Nizam memaksa Khairel melempar bantal peluk kesayangan. Tepat mengena wajahnya.
            “ Fizikal mental aku semua OK la. Sihat walafiat. Aku demam biasa je….” Tekan Khairel bila lihat reaksi Nizam yang seakan tidak menerima.
“ Kalau demam biasa, makan panadol dah OK member. Kau ni demam luarbiasa” tambah Nizam.
            “ Demam luarbiasa???
            “ Demam angau!
Khairel dah melopong. Dikatanya aku demam angau?
            “ Banyaklah kau demam angau. Macam kau pernah bercinta. Sendiri pun tak pernah nak komen-komen orang konon.. Pirahhh…” ejek Khairel. Si Nizam yang kepala gila-gila ni nak jatuh cinta? Impossible..impossible….
            Nizam buat-buat tak dengar. Alahai..mengata dulang paku serpih. Mengata orang, diri sendiri yang lebih. Yang cakap tu pun belum arif pasal cinta. Tak layak dipanggil Dr Love pun. Hmm..takkan bersandarkan rasa angau pada si tuan puteri sudah dikira berpengalaman? Rel..Rel.... Tuan Puteri a.k.a wanita idaman yang entahkan wujud atau tidak dalam alam nyata ni.
            Seminggu lalu Khairel datang padanya, bercerita sungguh-sungguh tentang seseorang. Seseorang yang menawan mata dan hati si teman. Sesorang yang lengkap berpakaian serba putih ala puteri raja sedang berlari-lari di tengah padang bola. Susah benar akal waras Nizam untuk menerima itu realiti atau fantasi. Lebih-lebih lagi bila Khairel bagitahu dia nampak tuan puteri macam dalam kayangan. Mana nak jelas, petang-petang nak dekat maghrib boleh terlelap bawah pokok. Sedar-sedar je meracau jumpa tuan puteri. Seriau lah. Entahkan puteri manusia atau puteri bunian...
            Mulut Nizam dah berbuih-buih dek nasihat dan ingatan. Jangan diturut hati. Nanti makan diri. Tapi Khairel tetap menegak benang yang basah. Fikir Nizam.
            “ Aku dah jumpa dia. Aku pasti dia manusia biasa macam kita. Ada sepasang tangan, sepasang kaki, sepasang mata yang menawan. Ada hitung, mulut dan telinga.”
            “  Maksud kau?”
Khairel buka laci meja disisi katil. Dia capai kad segi empat kecil bewarna kuning. Hulur pada Nizam.
            “ Kad matriks siapa yang kau simpan ni?”
Nizam belek kad matriks milik seorang gadis berkulit cerah. Sekali pandang macam anak pak arab. Cantik! Puji dia dalam hati.
            “ Inilah jawapan bagi soalan-soalan kau selama ini. Aku tak mimpi. Tak berangan dan tak merepek yang bukan-bukan. And the most important thing is aku masih tahu bezakan yang mana satu fantasi, dan yang mana satu realiti.”

Dia bagaikan puteri
            “ Cici, cepatlah. Dah nak lunch nanti office bendahari dah tutup. Esok lusa dah nak guna sangat ni.” Gesa si gadis bila lihat si teman sedang sibuk menghadap photoshop. Sekejab-sekejab si gadis pandang jam tangan yang laju menunjuk ke angka sebelas pagi. Perlu ke bendahari dahulu, bayar denda sebab hilangkan kad. Kemudian ke tingkat 6 untuk mohon buat kad semula. Ish...kat manalah dia tertinggal benda tu? Dah tahu kad tu lebih berharga dari IC kat dalam U ni. Kenapalah cuai sangat. Dia bebel pada diri.
            “ Alah, kejab-kejab nak save dulu ni. Tunggu tau?” gambar puteri ala pari-pari sedia di edit. Kemudian disusun menjadi cerita dongeng inggeris dahulu kala. Cinderella namanya, projek semester ini mesti lebih baik dari sem yang dahulu-dahulu.
            Kaki Cici dah melangkah laju-laju mengejar si teman yang kalut macam cinderella hilang sepatu. Tak pandang kiri dan kanan, si cinderella melintas jalan laju-laju. Dan tanpa sedar dah terpelecuk atas jalan raya. Pemandu Swift hitam metallik menerpa keluar dari kereta. Cici yang datang menghampiri terkejut. Bukan kerana insiden tapi reaksi si jejaka yang kalut malut tengok keadaan temannya Diana. Semacam dia kenal wajah itu. Lesung pipit disebelah kiri nampak ketara.
            “ Awak yang pengsan hari tu kan?” Cici sapa dua jejaka yang sibuk bertanya perihal si teman.
            “ Ya, saya... and you all?” tanya Khairel. Dia yang ragu-ragu tadi cepat-cepat keluar, bila kedua matanya mensahihkan keadaan yang satu ini. Sungguh, dia cam. Tak silap dia inilah orangnya. Si gadis yang pakai baju putih bak puteri adalah insan sama yang terjelepuk atas jalan raya tadi. Dan temannya yang comel ni macam dayang yang selalu menjaga tuan puteri.
            “ Ye...awak dan kawan-kawan awak yang tolong saya hari tu. Tak silap lagi..”tambah Khairel pasti.
            Nizam yang terpinga-pinga cuba tafsir situasi ini. Pengsan? Yang selamatkan dia? Apa yang istimewa sangat. Biasa aje. Tapi..member aku ni excited terlebih. Macam terjumpa sedara mara yang terpisah berabad lama. Umpama jejak kasih! Khairel..Khairel...
            “ Yup, we are your saver...”
            “ Anyway, terima kasih banyak-banyak. Kalau korang tak kalut-kalut panggilkan member saya ni. Hmm..mesti dah landing baik punye kat depan toilet.”
            Khairel tarik Nizam. Buat Nizam terkejut tapi hulur senyum segaris. Buat-buat manis wajah. Si savers berdua ni rupanya yang menjerit bagai kat tepi toilet hari tu. Bertuah punya budak. Ingatkan ada bom ke benda... orang pengsan je..
            Khairel keluarkan kad matrik kuning. Tak syak lagi tuan puteri depan mata ini pemiliknya.
            “ If  not mistaken, this is your card. Isn’t it?” ditelek reaksi terpinga si gadis.
            “ Awak jumpa kat mana?”
            “ Saya jumpa kat tepi padang. Mula-mula nak serah pada bahagian keselamatan. Tapi, saya terlupa sangat-sangat. Bila ternampak awak masa saya pengsan tempoh hari. Saya rasa saya macam pernah lihat awak kat mana-mana. Rupa-rupanya awak, tuan puteri dan penyelamat saya adalah orang yang sama.”
            “ What? Tuan puteri?”Diana dan Cici saling berpandangan. Sudah terpinga-pinga. Namun Khairel senyum sumbing. Istilah yang baginya hanya dia dan Nizam sahaja yang tahu.
“  Wait! Jadi inilah tuan puteri kayangan yang berlari-lari di atas padang bola pada petang-petang hari itu?” ujar Nizam inginkan kepastian. Buat Khairel terangguk-angguk macam burung belatuk.
            “ Wait! Tuan puteri kayangan? Berlari-lari atas padang bola?Hah, ni mesti kes korang duk usha kami shooting kat padang kan hari tu? “ tebak Cici.
            “ Shooting?” kaki berhenti melangkah. Empat pasang mata saling berpandangan. Entah mengapa. Buah ketawa Cici meletus. Diikuti Diana dengan senyuman ranum namun layu tiba-tiba saat sepasang mata kuyu tak lepas merenungnya. Ish....kenapa dia ni?
            “ Yelah, yang korang nampak puteri lari-lari atas padang tu ni hah. Pelakon utama kami ni tengah shooting short story untuk asignment kitorang.” terang Cici lagi. Angguk Diana turut mengiakan. Cici punya pasal. Paksa dan desak dia suruh pakai baju ala-ala Princes, macam cinderella sebenar. Serba serbi putih. Adui, malunya! Ingatkan bila turun shooting lewat petang takde orang nampak. Macam mana pulak la mamat ni boleh ada kat situ.
            “ Korang punya short story buat orang angau. Ingatkan tuan puteri turun dari kayangan.”
            Nizam tepuk belakang Khairel yang sudah terbatuk-batuk kecil. Hehe....orang shooting pakai gaun putih dikatanya tuan puteri. Kelakarnya kawan aku ni...
            Riak wajah tuan puteri dah memerah padam. Sungguh. Tak sangka. Ada insan lain yang memerhati. Buat orang jatuh hati pulak tu! Kuatnya kuasa cinta, love at the first sight!
            “ Anyway, saya Saiful Nizam Bahardin dan member kamceng saya yang ala-ala Aaron Aziz ni Khairel Izzudin. “ Nizam memperkenal diri. Dah berjam borak sakan, baru nak bagitahu nama.
            Aaron Aziz? Tang manalah sama aku ngan si artis tu. Muka? Badan? Jauh sekali. Tapi, senyum ada iras-iras la.. Senyum Khairel dah tersimpul mati. Malu lah dipuji macam tu, depan kekasih hati. Erkk....perasan!
            Diana ketawa gelihati. Tercuit hatinya. Muka macho konon, tapi bila kena puji sikit-sikit dah malu-malu kucing. Adoyai...sweet gak mamat bertshirt PDI ni. Baru perasan, ada lesung pipit kat hujung bibir sebelah kiri. Kategori jejaka idaman aku ni. Sebenarnya dalam diam hati dah terbit suka dan senang. Kalaulah si dia tahu....
            Monolog diri Diana mati tatkala Cici ramah memperkenal diri.
“ Saya Syima Shafiq atau nama glamernya Cici. And this is my beloving friend forever Nurul Diana  Mohd Fauzi. U can call her Nurul, Diana, D or anything.Nak panggil Tuan puteri pun OK. Sangat-sangat dialu-alukan” siku dah berlaga. Diana dah senyum tanpa kata. Malu bertukar pihak.
Tuan Puteri Diana rupanya. Bukan sahaja wajah cantik, lemah lembut berbudi bahasa orangnya. Khairel menilai dalam hati. First impressions dah lulus cemerlang. Tak rugi percaya pada naluri.
            “Kawan-kawan. Perlu ke kita buat keadaan makin sesak kat sini?” Nizam berkata buat yang lain sedar diri. Ya Allah, mereka-mereka dah bercangkung tepi longkang. Dekat dengan jalan raya. Sengaja buat road block percuma. Sedang para pelajar dah bertali arus, menuju ke tempat parking. Apa da. Sesi suaikenal tak kena tempat.
            Akhirnya empat pasang bibir dah sama- sama tergelak. Entah kenapa. Mugkin ini boleh dikira hikmah insiden demi insiden antara mereka. Boleh Khairel pengsan depan toilet....yang tuan puteri pulak elok jatuh terpelecok kat tengah jalan... Alahai...tak romantik langsung!
            Tapi Nizam nampak dan perasan. Khairel senyum sampai ke telinga. Asyik-asyik curi pandang wajah putih bersih yang memang ayu. Kawan aku dah jatuh cinta. Alhamdulillah, dengan manusia biasa. Bukan manusia luarbiasa. Si tuan puteri yang nampak malu-malu pada awalnya tadi kini dah ramah bercerita. Bagai terlupa sakit di kaki. Entah-entah..dua-dua dah saling terpaut.
            Tinggal dia sahaja yang single tak berteman. Namun bila pandang Cici yang sibuk bertanya mengalahkan cik puan wartawan. Ai, nampak kiut miut la pulak budak comel ni. Akhirnya tanpa teragak-agak Nizam dah pasang agenda, seribu langkah. Hehe...it’s gonna be double date. Yabeda bedoo!!!


4 comments:

Uncle Lee said...

Hello Diana, nice blog you have.
Bahasa saya sebelum Merdeka, da out of tune. But boleh la fahan 38%, ha ha, and I enjoyed reading thru.
Very interesting, and you write very well.

You have a nice day, and keep a song in your heart, and the very best wishes to you, this year of the Dragon.
Lee.

hamzah ian said...

boleh buat novel ni

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

niceeeee entryyyyyy

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.