Tuesday 18 October 2011

Cuma Secebis Harapan : Episod 1

Mei 2005


Setitis dua airmata jernih jatuh ke sisi. Ku usap perlahan titis yang mula berbaki. Dan sendu yang terpaksa kutahan-tahan terlepas jua. Benarlah kata orang cinta pertama begitu memberikan kesan sehingga aku sendiri tidak mampu mecari titik penamat bagi sebuah perasaan ini. Adakah aku sudah kering dengan perasaaan kasih sayang yang terlalu sarat padanya, sehingga aku sendiri buta dalam menilai tiap sudut perkara.

Aku sering berdoa dan berharap, agar tuhan menurunkan satu jawapan agar aku dapat memastikan duduk perkara yang sebenar. Namun hingga ke saat ini aku masih lagi terus begini, mencari dan terus mencari harga diri.

Aku bingung..aku tak tahu apa yang harus kulakukan. Sudah bertahun ia berlalu. Namun aku masih tetap di sini,masih terus menanti sinar cinta yang entahkan bila akan terbit semula.


November 2006
Pedih menelan sebuah kenyataan. Serasa bergegar seluruh isi alam. Inikah hakikat sebuah percintaanku? Aku kecundang di tengah jalan? Akukah yang harus dipersalahkan?

“Ya Allah, apa sebenarnya yang ingin Kau perlihatkan padaku? Kenyataan hidup ini? Mengapa ia begitu perit sekali?

Perlahan-lahan tangan Diana menekan kekunci papan komputer ribanya. Dibiarkan iringan lagu Kenny Remy Martin membuai lembut. Segala keindahan itu bagaikan melayang-layang di bawa angin semalam.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar suatu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tika menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Sehingga telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagiku diriku amat bererti
Tetapi kubimbang untuk menyatakn
Bimbangkan berulang kesilapan


Kelopak  mata yang dihiasi bulu mata yang lentik kini hilang serinya bila semakin digenangi air mata. Terhenti jari jemari runcingnya yang sedang menaip, diungkai sedu sedan yang tak mampu tertahan.
            Dalam renungan yang kabur, Diana dapat melihat wajah-wajah kasih yang lalu. Sesaat hatinya digamit syahdu teramat sangat. Antara kerinduan dan kemesraan yang telah berlalu, ditengah-tengah jalan kehidupan dipenuhi kekeliruan. Keliru tentang erti hidup manusia sebenar.
            Qada’ qadar telah ditentukan, hanya aku manusia yang begitu lemah iman menidakkan ketentuanNya. Ataupun kerana aku telah begitu jauh dari naungan kasihNya sehingga dia mengujiku dengan seribu satu dugaan?

Diana meninggalkan lelahnya seketika. Membiarkan komputer riba yang sedang terpasang di atas tilam. Dia membolak-balikkan tubuh, sesekali matanya dibiarkan merewang ke seluruh bilik. Memerhatikan retak-retak yang entahkan bila wujudnya. Setiap kali mata cuba dipejamkan, seraut wajah muncul di ruangan mata.
 Pipi yang agak tembam bila mengukir senyum membuatkan dia begitu comel.
 Ah! Sukar benar ku buang kenangan itu. Untuk apa kuimbau sebuah memori andai ia terus-terusan merobek luka yang tidakkan hilang parutnya. Pedih mencucuk hingga ke ulu hati masih tersisa.
            Benar! Bukan tidakku cuba untuk menghindari sebuah ceritera sedih, namun apalah daya. Kekuatan dari mana harus kukumpul?
            Diana bergerak, menghampiri meja lalu mengeluarkan sebuah kotak dari laci bawah. Direnungnya kotak bercorak kuning keemasan itu, nampak masih elok dan terjaga. Secebis senyuman mendung terluah. Segala masih tersusun kemas, nampak seolah-olah baru semalam surat-surat tersebut berpindah tangan. Di suatu sudut terletak kemas sebuah kotak kecil bewarna biru. Dia mengamati perlahan, lalu diambil dan dipinkan ke baju.
            “Awak nak tengok tak, apa yang istimewanya lagi saya malam ni ? Ni…” dia mengacukan jarinya ke sisi bahu. Berkilauan kerongsang berbentuk rama-rama Batu-batu kecil yang menyaluti memancarkan cahayanya. Senyuman manisnya mekar lagi.
            “Cantik…tu yang buat saya bertambah sayang pada awak.” sebuah pujian begitu bermakna untuk didengar. Dalam sipu rasa indah yang hadir dia tersenyum manis.
            “Yelah…orang tersayang yang kasi….”
            Dia menahan mata yang mulai berkaca, namun sekuat manapun ia tak mampu diempang. Setitis dua jatuh dipipi. Diana membiarkannya mengikut rasa hati. Bagai duri yang menusuk jauh dalam-dalam. Bisa yang tak terlihat itu merebak seluruhnya. Dia hampir hilang upaya, langkahnya tanpa imbangan. Tubuh montoknya tersasar jauh dari tilam berbungkus baldu. Lalu dia jatuh terjelepuk ke sisi katil. 
Rembesan airmatanya laju tanpa henti. Serta merta mengundang rasa sakit di kepala. Dia cuba untuk tidak menzahirkan rasa melalui airmata,kerna itu akan lebih buat tubuhnya menderita. Dan kepalanya pasti menerima akibat ini. Dia membujuk hati minta dimengerti, biar isyarat itu difahami akalnya lalu mematikan tangisan yang bersisa. Dia tidak mahu, hari ini atau esok dia berkampung di dalam bilik lalu melarikan diri dari silauan cahaya mentari. Nanti dia pasti tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah, dia akan ketinggalan dalam pelajaran.

            Dia maklum benar, kondisi tubuhnya. Tekanan, tangisan bisa buat dia sakit kepala berpanjangan. Terkadang berhari-hari dia terpaksa menahan sakit yang sengaja dicari.            Arghh!! Bagai ada bola yang melantun-lantun maha hebat didalam kepalanya. Berdegung dirasa hingga ketelinga. Dia memicit-micit kepala dengan gugusan jemari tangannya. Laju jemari itu mengurut-ngurut dari kepala, kening hingga ke leher. Rasa itu tidak berkurang.  Untuk kali ini, dia simpati pada diri. Mengapa perlu diikut rasa hati, bukankah seksa begini?

Dia bangun menghampiri meja study. Ligat mencari tote bag bewarna biru miliknya. Bukankah aku selalu letak disini? Akalnya tak mampu berfikir. Diselongkar segala isi laci. Dia menarik nafas, cuba menenangkan diri. Beristighfar. Ya, dia sudah mampu mengingati. Lekas-lekas dia menuju ke arah beg laptop yang tergolek dibawah katil. Alhamdulillah, ada pun.

            Pil bewarna putih bersih disua ke mulut, berselang dengan air mineral yang kebetulan ada di atas meja. Denyut dikepala tidak hilang serta merta. Dia perlu merehatkan diri. Dicapai minyak cap kapak yang sedia ada di tepi katil, lantas disapu keseluruh pangkal leher. Persis orang tua. Bau minyak angin memenuhi rongga hidungnya. Dia bangun menutup lampu, kemudian menuju semula kepembaringan. Bantal panjang bercorak Mickey Mouse dibawa dalam dakapan. Selimut ditarik sampai melitupi wajahnya. Malam ini, dia akan bergelap gelita. Dia pantang pada cahaya. Sejak bertahun kaedah ini dipraktikkan bagi merawat sakit di kepalanya ini.

            Dia harus rasa bersyukur, kerna dia tidak apa-apa. Selalunya jika sakit kepala, ia akan lebih parah lagi. Dia akan muntah dan mabuk seperti orang yang morning sickness.