Bila hati dah suka………..
Hana Bunga
November 2010 - 2013
”
Perlu ke nak laser untuk
menyampaikan perkara yang dia rasa ia ’benar’? Sorry ye..... Orang nak beri
nasihat pun ada caranya. Bukan main hemtam ikut suka..”
”
Ye...orang yang nak bagi nasihat selalu tahu dan kenal orang yang
dinasihatkannya.. Lembut dengan lembut. Kasar dengan kasar....”
1
” Huh....bongok!!!” kata Shikeen spontan. Lalu
terdiam. Erkkk…tak sangka patah ayat tersebut boleh tergelincir dari bibirnya
sendiri.
” Woi....bukan main panggil aku bongok!
Ish..nak kena ni... ” teriak Zehra. Jari jemari yang sedang merata carchoal masker ke wajahnya terhenti sendiri. Dia berkalih,
menghadap Diana yang sedang kuhsyuk mengadap laptop.
” Bukan kau la..mamat panjang poyo
tu...!!!” Shikeen menjelaskan bila melihat wajah Zehra yang berubah tiba-tiba. Salah dirinya jugak, tidak semena-mena
melepaskan rasa marah pada yang lain.
Namun Zehra hampir-hampir tergelak besar
mendengar tuan empunya tubuh tinggi lampai tu dah ber’nickname’ baru. Tak
sangka kata yang dianggap gurauan, buat kawan dia yang sorang ni makan hati
berulam hempedu. Pahit!!!
Tapi, bila mengenangkan betapa comelnya Shikeen marah-marah sayang buat Zehra tak sabar nak tengok drama ala Ali Setan
berlanjutan. Pasti ada yang menarik selepas-selepas ini.
Shikeen berjalan merapati katil langsung
menghempaskan badannya yang semakin tenggelam di tengah-tengah tilam dek beban
yang tak pernah berkurangan. Dicekak pinggangnya, meneka-neka berapa kilo lagi
yang naik bulan ni. Huh! Ada spare tyre
disana sini. Bencinya...
Kalau tidak lah kerana spare tyre ni, takdelah dia semakin makan hati berulam jantung.
”Pasal nak bagi kau solid la...aku sakit hati tau? Kalau tak turun-turun jugak berat
badan bulan ni..... boleh bikin malu besar. Slim
ye..jangan tak slim....”
Dia membalikkan badannya. Cuba dipejamkan
kedua belah matanya, namun tak termampu. Bagai terbayang-terbayang seraut wajah
yang mentertawakannya. Beria-beria mentertawakkannya. Sungguh..dia tidak
bermimpi, itu realiti semalam... sebuah realiti ngeri seorang wanita yang cuba
menurunkan berat badan.
” Cik adik yang hujung tu..ye yang tepi
sekali. Yang chubby-chubby tu... Mari ke depan..”
Terkulat-kulat sekumpulan manusia, bila si
jejaka badan ketak-ketak memanggil seseorang yang ’chubby’ katanya untuk
dijadikan model di hadapan. ” Yelah...yang datang ambil trainer untuk turunkan berat badan. Mestilah yang chubby-chubby, takkan badan
dah slim sempurna sibuk nak work out
kuruskan badan. Sengal! ” sebal dihati Shikeen makin bertimpa-timpa. Meluatnya
aku! Trainer lain rileks je.....yang
dia ni. Berlagak bukan main. !
” Hah, yang tengah membebel sorang-sorang
kat belakang tu. ”
What! Aku ke?
Ashikeen dah terteleng kiri dan kanan. Yang ’chubby –chubby ’ tu dia maksudkan
aku lah....
” Saya...?” again, dia terbeliak. Semakin besar lah biji mata yang sedia
galak.
” Ye...awaklah... Ada lagi ke yang
’chubby-chubby’ kat belakang sana?”
What the fish! Am i the only one that chubby here?....
”Adusss.....sangat menjengkelkan hati aku...”
Mamat poyo badan ketak-ketak dah tersenyum
penuh ejek. Yang trainer lain pulak boleh tersipu-sipu. Eleh....konon nak cover sangat kan? Padahal
dalam hati bertan-tan diorang gelakkan aku....
” Uwekk.....apesal
la muka mamat tu duk ulang-ulang depan mata aku ni? Ape dia ingat badan
kental-kental dia tu boleh buat mulut dia suka je nak bercakap. Dia ingat dia
tu perfect sangat ke?” Shikeen sudah menjerit
kecil.
”Woi, marah tak sudah-sudah lagi?”
Ashikeen bingkas bangun. Membelek-belek
tubuhnya di hadapan cermin. Cuba mencari bahagian manakah yang begitu seronok
membuat mamat panjang poyo tersebut mengutuknya. Ish...perut ni..lengan pun
satu dah macam betis. Betis, peha, punggung...alamak terlebih inci sudah..
”Aku gemuk sangat-sangat ke?” Ashikeen bertanya.
” Kau nak dengar jawapan tulus dari aku ni
cik Shikeen sayang?” soalannya dijawap dengan pertanyaan.
Minah ni macamanalah boleh masuk U, soalan
dijawap dengan pertanyaan? Gumamnya dihati.
” Tulus dari mulut kau, masih mampu telinga
aku nak mendengar. Tulus dari mamat panjang poyo tu...buat aku sakit jiwa....”
Kali ini Zehra tersenyum panjang. Sudah
diagak ketidakpuasan hati Shikeen berkenaan ini.
” Samelah tu..tulus aku ke..tulus dia
ke...jawapan kami sama. ”
” Tulus kau lain..kau kawan aku...dah lama
kenal. Tulus dia tu sape? Entah datang dari ceruk mane entah tetiba panggil aku
gemuk. Depan orang ramai pulak tu. Memalukan tau tak?”
” Kau memang dah gemuk la cik kak oi... naik
sangat la badan kau ni. Lain gila...bertahun aku kenal kau. Nilah, masa-masa
dalam hidup kau paling gemuk sekali...”
” Ye ke?...obvious sangat ke...??”
” Ye...dengarlah kejujuran, keikhlasan dan
ketulusan hati aku ni...”
” Huh!!!”
” Tapi kan... Kau tak rasa pelik ke?”
” Pelik apanya?”
” Yelah...tak pasal-pasal petang tu kau yang
jadi perhatian dia.. bukan ke ada si Miza tembam. Dia lagi gemuk dari kita-kita
semua kat sana, tapi si mamat panjang poyo kau tu tak mention pun Miza. Apesal lak dia mention ko? Im curious...”
” Ko tak payah nak wat conclusion ek?, tak payah nak cuba-cuba
jadi Sherlock Holmes.. ”
” So, ape kate Sherlock? There’s no
such coincidence in his cases kan?”
”Ahh...peninglah kau ni. Malas aku nak layan.
Serabut..serabut...”
Karina tertawa kecil. Entah ke berapa kali Shikeen merungut-rungut sendiri hari ni. Dia faham, jika dia di tempat Diana pun
belum mampu dia nak mengukir senyum buat lelaki yang terang-terangan
membahasakannya ’gemuk’. Dia sedar, mereka-mereka yang datang ke kelas aerobik
petang tu tak semua berbadan sempurna.
Iqbal ni
pun satu, gurau tak bertempat. Shikeen dah sedia susah hati sejak dua
menjak ditegur akan kenaikan berat badannya itu. Baju-baju yang menjadi
kegemaran dah tak muat dek badan. Dia bukan naik sekilo dua..tapi setahun
berlalu, berat badannya betambah sekilo demi sekilo menjadikannya 10 kilo.
Sudah tentu perubahan drastik. Badan yang dulu nampak solid, kini dah nampak
bulat. Macam peti ais, adik lelaki Shikeen menggelarnya. Mula-mula dia malas nak
fikir, tapi sejak kad undangan Zaida sampai ke peti posnya, dia terpaksa
bulatkan tekad. Berlapar dek menjaga badan.
Dan satu-satunya kesilapan maha hebat yang
dia pernah buat saat dan ketika ini adalah - ter’upah’ personal trainer budget bagus yang mulut macam longkang belakang
kantin sekolah! Dah lah busuk, kotor lagi berkeladak!
” Hish..kalau tak mengenangkan deposit
yang aku dah bayar ni. Tak hingin aku nak hadap muka mamat poyo tu. Uwek... Menyampah! ”