Thursday, 5 September 2013

Bila Hati Dah Suka PART 1

Bila hati dah suka………..
Hana Bunga
November 2010 - 2013

”  Perlu ke nak laser untuk menyampaikan perkara yang dia rasa ia ’benar’? Sorry ye..... Orang nak beri nasihat pun ada caranya. Bukan main hemtam ikut suka..”
                ” Ye...orang yang nak bagi nasihat selalu tahu dan kenal orang yang dinasihatkannya.. Lembut dengan lembut. Kasar dengan kasar....”


1
” Huh....bongok!!!” kata Shikeen spontan. Lalu terdiam. Erkkk…tak sangka patah ayat tersebut boleh tergelincir dari bibirnya sendiri.
” Woi....bukan main panggil aku bongok! Ish..nak kena ni... ” teriak Zehra. Jari jemari yang sedang merata carchoal masker ke wajahnya terhenti sendiri. Dia berkalih, menghadap Diana yang sedang kuhsyuk mengadap laptop.
” Bukan kau la..mamat panjang poyo tu...!!!” Shikeen menjelaskan bila melihat wajah Zehra yang berubah tiba-tiba. Salah dirinya jugak, tidak semena-mena melepaskan rasa marah pada yang lain.
Namun Zehra hampir-hampir tergelak besar mendengar tuan empunya tubuh tinggi lampai tu dah ber’nickname’ baru. Tak sangka kata yang dianggap gurauan, buat kawan dia yang sorang ni makan hati berulam hempedu. Pahit!!!
Tapi, bila mengenangkan betapa comelnya Shikeen marah-marah sayang buat Zehra tak sabar nak tengok drama ala Ali Setan berlanjutan. Pasti ada yang menarik selepas-selepas ini.
Shikeen berjalan merapati katil langsung menghempaskan badannya yang semakin tenggelam di tengah-tengah tilam dek beban yang tak pernah berkurangan. Dicekak pinggangnya, meneka-neka berapa kilo lagi yang naik bulan ni. Huh! Ada spare tyre disana sini. Bencinya...
Kalau tidak lah kerana spare tyre ni, takdelah dia semakin makan hati berulam jantung.
”Pasal nak bagi kau solid la...aku sakit hati tau? Kalau tak turun-turun jugak berat badan bulan ni..... boleh bikin malu besar. Slim ye..jangan tak slim....”
Dia membalikkan badannya. Cuba dipejamkan kedua belah matanya, namun tak termampu. Bagai terbayang-terbayang seraut wajah yang mentertawakannya. Beria-beria mentertawakkannya. Sungguh..dia tidak bermimpi, itu realiti semalam... sebuah realiti ngeri seorang wanita yang cuba menurunkan berat badan.
” Cik adik yang hujung tu..ye yang tepi sekali. Yang chubby-chubby tu... Mari ke depan..”
Terkulat-kulat sekumpulan manusia, bila si jejaka badan ketak-ketak memanggil seseorang yang ’chubby’ katanya untuk dijadikan model di hadapan. ” Yelah...yang datang ambil trainer untuk turunkan berat badan. Mestilah yang chubby-chubby, takkan badan dah slim sempurna sibuk nak work out kuruskan badan. Sengal! ” sebal dihati Shikeen makin bertimpa-timpa. Meluatnya aku! Trainer lain rileks je.....yang dia ni. Berlagak bukan main. !
” Hah, yang tengah membebel sorang-sorang kat belakang tu. ”
What! Aku ke?
Ashikeen dah terteleng kiri dan kanan. Yang ’chubby –chubby ’ tu dia maksudkan aku lah....
” Saya...?” again, dia terbeliak. Semakin besar lah biji mata yang sedia galak.
” Ye...awaklah... Ada lagi ke yang ’chubby-chubby’ kat belakang sana?”
What the fish! Am i the only one that chubby here?....
”Adusss.....sangat menjengkelkan hati aku...”
Mamat poyo badan ketak-ketak dah tersenyum penuh ejek. Yang trainer lain pulak boleh tersipu-sipu. Eleh....konon nak cover sangat kan? Padahal dalam hati bertan-tan diorang gelakkan aku....
Uwekk.....apesal la muka mamat tu duk ulang-ulang depan mata aku ni? Ape dia ingat badan kental-kental dia tu boleh buat mulut dia suka je nak bercakap. Dia ingat dia tu perfect sangat ke?” Shikeen sudah menjerit kecil.
”Woi, marah tak sudah-sudah lagi?”
Ashikeen bingkas bangun. Membelek-belek tubuhnya di hadapan cermin. Cuba mencari bahagian manakah yang begitu seronok membuat mamat panjang poyo tersebut mengutuknya. Ish...perut ni..lengan pun satu dah macam betis. Betis, peha, punggung...alamak terlebih inci sudah..
”Aku gemuk sangat-sangat ke?” Ashikeen bertanya.
” Kau nak dengar jawapan tulus dari aku ni cik Shikeen sayang?” soalannya dijawap dengan pertanyaan.
Minah ni macamanalah boleh masuk U, soalan dijawap dengan pertanyaan? Gumamnya dihati.
” Tulus dari mulut kau, masih mampu telinga aku nak mendengar. Tulus dari mamat panjang poyo tu...buat aku sakit jiwa....”
Kali ini Zehra tersenyum panjang. Sudah diagak ketidakpuasan hati Shikeen berkenaan ini.
” Samelah tu..tulus aku ke..tulus dia ke...jawapan kami sama. ”
” Tulus kau lain..kau kawan aku...dah lama kenal. Tulus dia tu sape? Entah datang dari ceruk mane entah tetiba panggil aku gemuk. Depan orang ramai pulak tu. Memalukan tau tak?”
” Kau memang dah gemuk la cik kak oi... naik sangat la badan kau ni. Lain gila...bertahun aku kenal kau. Nilah, masa-masa dalam hidup kau paling gemuk sekali...”
” Ye ke?...obvious sangat ke...??”
” Ye...dengarlah kejujuran, keikhlasan dan ketulusan hati aku ni...”
” Huh!!!”
” Tapi kan... Kau tak rasa pelik ke?”
” Pelik apanya?”
” Yelah...tak pasal-pasal petang tu kau yang jadi perhatian dia.. bukan ke ada si Miza tembam. Dia lagi gemuk dari kita-kita semua kat sana, tapi si mamat panjang poyo kau tu tak mention pun Miza. Apesal lak dia mention ko? Im curious...”
” Ko tak payah nak wat conclusion ek?, tak payah nak cuba-cuba jadi Sherlock Holmes.. ”
” So, ape kate Sherlock? There’s no such coincidence in his cases kan?”
”Ahh...peninglah kau ni. Malas aku nak layan. Serabut..serabut...”
Karina tertawa kecil. Entah ke berapa kali Shikeen merungut-rungut sendiri hari ni. Dia faham, jika dia di tempat Diana pun belum mampu dia nak mengukir senyum buat lelaki yang terang-terangan membahasakannya ’gemuk’. Dia sedar, mereka-mereka yang datang ke kelas aerobik petang tu tak semua berbadan sempurna.
Iqbal ni  pun satu, gurau tak bertempat. Shikeen dah sedia susah hati sejak dua menjak ditegur akan kenaikan berat badannya itu. Baju-baju yang menjadi kegemaran dah tak muat dek badan. Dia bukan naik sekilo dua..tapi setahun berlalu, berat badannya betambah sekilo demi sekilo menjadikannya 10 kilo. Sudah tentu perubahan drastik. Badan yang dulu nampak solid, kini dah nampak bulat. Macam peti ais, adik lelaki Shikeen menggelarnya. Mula-mula dia malas nak fikir, tapi sejak kad undangan Zaida sampai ke peti posnya, dia terpaksa bulatkan tekad. Berlapar dek menjaga badan.  
Dan satu-satunya kesilapan maha hebat yang dia pernah buat saat dan ketika ini adalah - ter’upah’ personal trainer budget bagus yang mulut macam longkang belakang kantin sekolah! Dah lah busuk, kotor lagi berkeladak!


” Hish..kalau tak mengenangkan deposit yang aku dah bayar ni. Tak hingin aku nak hadap muka mamat poyo tu. Uwek... Menyampah! ”

Sunday, 3 February 2013

Serunding Ayam VS Serunding Daging PART 1




Hana Bunga
karya : 9 December 2010

              “ Yang mana satu lagi sedap?”
            “ Daginglah. Ayam rasa macam biasa aje. Takde feel. Kalau daging. Syiok!!” dia tunjuk ibu jari. Hahaha...mewakili kesukaan hatinya. Mana mungkin ayam lagi best dari daging. Perghhh....menjilat jari. Dia dah terbayang-bayang serunding daging depan mata. Daging pinang lagi. Aduhai....sedap..sedap.
            “ Woi, daging tak best. Ayam lagi best!”
Suara garau dari tepi. Wawawa..bukan main terjah. Hampir-hampir jantung gue tercopot keluar. Ini sudah lebih.
            “ Aku tak setuju. Aku nak daging. Kau nak ayam, kau beli pastu makan sendiri-sendiri. Ada faham?” Didi berbalas hujah. Aku punya tugas, aku punya sukalah nak buat pilihan. Mamat sengal apa pulak masuk campur. Gerr...
            “ Dah..dah....dah..jangan gaduh-gaduh. Malu orang nampak.” Jaksa pendamai main peranan. Bertekak entah apa-apa budak berdua ni. Karang aku lepuk sorang-sorang. Marah Haniza dalam hati. Ish...kerja mudah dah jadi susah. Ni budak berdua punya pasallah ni. Pantang je berjumpa. Bercekau kerjanya.
            Didi tarik muka. Izzat tayang wajah selamba.
Pasal daging dan ayam pun nak kecoh-kecoh. Mau terbalik isi kelas ni kalau dibiarkan bebudak berdua ni. Dah besar panjang, peel kalah budak tadika.
            “ Dia ni hah. Suka sibuk keje kita.” Rungut Didi. Nada tak senang.
            “ Lah. Aku pun penyumbang. So, aku pun ada hak nak buat pilihan. Kau ingat, duit kau sorang?” kata Izzat menegak pendirian. Duit kelas, hak bersama. Kalau nak ikut kepala sendiri. Jangan buat jamuan kelas. Buat jamuan rumah. Macam open house hari raya. Masa tu suka hati lah nak serunding daging ke, rendang daging ke, kurma daging ke...daging masak lemak ke... lantaklah. Dah obses sangat dengan daging. Macam tu lah gamaknya. Muka pun dah macam lembu Pak Mail Hehe...sempat Izzat kutuk dalam hati.
            “ Alah, benda boleh bincang ape?” Haniza berdiplomasi. Meja rundingan dah dibuka. Air teh dan kuih-kuih hidangnya je belum. Silakan...negara kita demokrasi. Sebarang pendapat silalah. Nanti-nanti bolehlah panggil pengundi. Siapa menang, siapa kalah. Kena terima.
            “ Buat apa nak bincang ngan mamat ni. Dia bukan tahu apa-apa pasal menu. Kalau suruh melantak. Hah, confirm dia cepat.”
            “ Mak nenek. See the legs la. Entah-entah orang macam kau ni yang konon-konon arif bab menu ni, tau ke tak memasak. Jangan ketumbar ngan jintan pun kau tak dapat beza.”
            “ Hoi, lebih-lebih nampak? Kita cakap pasal pilihan menu, bukan pasal nak cari tukang masak. Blur lah kau ni.”
            “ Ish....kau ni ish... Mulut macam longkang lah.”
            “ Apa kau cakap? Longkang? Kau tu macam tangki kumbahan kat belakang sekolah tu. Uwek!!”

Thursday, 8 December 2011

Cintaku Cinderella

karya :October 2010
K
hairel mundar mandir. Kadang langkahnya ke depan, seketika kemudian ke belakang. Sebentar tadi berpusing-pusing mengelilingi meja dan adakalanya menghampiri jendela. Apa yang dirunsingkan? Entahlah.tak siapa yang mengerti andai bicara hati tak sudi dibicarakan.
“ Takde orang kat dalam dunia ni faham bahasa hati orang lain Rel. Kalau ada…dah lama hidup porak peranda. Tak ke naya kalau Prof Ainul tahu kau bahasa kan dia si ‘andalusia’…”
Khairel senyum sendiri mengenang bicara Nizam petang tadi. Tak pasal-pasal si ‘andalusia’ terheret sama dalam bicara mereka.
“ Sejak dua menjak dan beberapa menjak, aku tengok kau ni dah macam beruk kena belacan. Apesal, ada problem ka?” tambah Nizam dalam bicara.
“ Takde apa-apa..”
Pendek jawapan Khairel memaksa Nizam tersenyum. Alahai…kawan setia yang paling kecoh ni tetiba diserang virus ‘dungu’. Pelik benar. Dan beberapa ketika kemudian telapak tangan Nizam yang kasar bagai kertas pasir mendarat didahinya.
Terkejut dengan perbuatan Nizam yang menyangka dia tak sihat.
“ Aku OK le. Tak demam pun!”
Khairel menguatkan volumenya. Membuktikan dia dalam kondisi yang normal, tak sakit langsung!
“ Habis, apesal kau ni? Risau benar aku tengok kau macam ni…”
“ Aku…aku…”
“ Lah, dah kena bakteria gagap pulak ke?”
“ Aku….aku….”
Tergagap-gagap Khairel memaksa bibirnya untuk berkata. Bosan dengan situasi menunggu, pantas telapak tangan Nizam yang selebar-lebarnya itu menepuk keras belakang Khairel.
Seraya terkeluarlah segala isi hati, dan isi perut sekali.
“ Aku dah jatuh ‘cintan’ le…”
“ Hahaha….kelakarnya. Hohohohoho…kau ni kan memang dah sah-sah demam panas….”
Ketawa Nizam masih panjang. Bagaikan Khairel bukan disebelahnya.
“ Ketawalah….bagi keluar anak tekak kau tu sekali. Baru puas hati kan?” marah Khairel berfrekuensi tinggi.
Nizam pandang wajah Khairel. Terkulat-kulat.Ish…. apesal pulak jadi serius tak tentu fasal ni? Dalam hati Nizam bercambah-cambah rasa risau. Takut-takut Khairel hilang pertimbangan.
Hmm…tapi salah dia jugak. Orang bagi kepercayaan jadi pendengar, bukan tukang gelak macam tengok sarkas. Pulak tu runsing orang dibuat main-main. Sesabar manusia manapun, bila yang serius jadi bahan ketawa, tak kena maki hamun dah dikira bernasib baik sangat-sangat.
            “ Rileksla Bro. takkan hal macam ni kau nak marah-marah kot?”
            “ Kau ingat aku suka-suka je nak marah-marah tanpa sebab? Kalau kau tak nak percaya, tak nak dengar. Its OK. Tapi tak perlu la nak bantai gelak sakan kat aku macam tadi…”
            “ Ok..ok…sorry. Aku minta maaf.”
Nizam dekati Khairel yang duduk membatu. Wajah kusut Khairel dipandang lama-lama.
            “ Kau masih tak percaya?” Khairel mula bicara setelah diam agak lama.
            “ Macam ginilah Rel. apa yang kau percaya..yang kau rasa… Aku tak boleh nak komen apa-apa. Tapi..kalau kau anggap aku kawan susah senang yang kau kenal sejak sekolah menengah sampai sekarang, aku harap kau boleh dengar apa yang aku nak kata ni..”
            Buka bicara Nizam buat Khairel pasang telinga. Betul jugak. Selama sepuluh tahun ni, siapa lagi yang sudi nak bersusah-susah bersamanya, kalau bukan Saiful Nizam ini. Bukan dia tidak berteman yang lain, tapi manusia berkulit cerah, hidung mancung terletak inilah yang rela menghuni hospital berminggu lamanya masa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan seluruh jiwa dan raganya pada bola sepak.
            “ Sebelum aku nak cakap apa-apa. Kau anggaplah apa yang keluar dari mulut aku ni just my personal opinion. Kau nak agree, it’s up to you.. taknak accept.. its OK. As long aku dah cakap…
            Nizam lepas nafas. Sukar, terlalu sukar nak berlaku jujur.
            “ Mmm…aku tengok, fantasi bagi kau dah macam realiti. And aku takut kalau kau ikut sangat rasa kau tu..yang realiti tak mustahil boleh jadi fantasi bagi kau. Kau faham apa yang aku try sampaikan?”
            Kepala Nizam terpanggung. Lama. Mengharap pasti dalam bicara. Mencari jujur dalam kata-kata. Saiful Nizam yang bagai kembar siam buatnya tidak mampu berkongsi rasa ini. Langsung untuk faham. Jauh sekali.
            Gugusan jemari kanannya meraup wajah bujur yang sudah basah dek peluh. Penghawa dingin bagai hilang fungsi. Marahkah dia pada kejujuran Saiful Nizam? Fantasi dah jadi reality, reality akan jadi fantasi. Ish….macam orang gila la aku ni! Dia lepas pandang ke jendela, mencari bayang  mentari yang ligat tersenyum tadi. Tapi..mentari pun tak sudi nak tunjuk muka, bila sang bulan tak sabar nak tayang wajah.


Dia

            “ Khairel Izzudin Ahmad Fadli, this is my class. Not your lovely dreaming bilik tidur. So, focus on my lecture. If not…” tangan Dr Ainul menunjuk arah pintu. Hm…budak sekolah rendah pun faham sangat maksud yang nak disampai. Inikan pula student U yang tinggal setahun nak habis degree. Takkan buat-buat tak reti bahasa? Tiga puluh pasang mata yang lain, tak berminat nak ambil tahu. Bukan mereka tak arif, si ‘andalusia’ ni dah macam orang menopause. Marah tak bertempat. Melenting ikut suka hati. Pantang, cari salah si Khairel. Sebesar zarah pasti sengaja diada-ada.
            Khairel minta izin diri ke tandas. Mungkin nak segar tubuh yang dah mula rasa seram sejuk. Sejak semalam matanya dah mula rasa panas, pedih sikit-sikit. Tekak dah mula perit. Tadi pun bukan sengaja dia terlentok atas meja, macam orang patah tengkuk. Tapi kepalanya dah rasa macam naik roller coaster…Cuma muntah je tak lagi.
            Dia keluar dari tandas. Tapi jejaknya rasa bagai Shah Alam dilanda gempa. Bangunan berbelas tingkat ni rasa bergoyang-goyang. Dia gagahkan tubuh. Bersandar pada dinding. Mengharap Saiful Nizam, si kembar siam datang mencarinya. Ish…kalau tadi rasa bagai naik roller coaster, kini dia rasa macam naik DNA Mixture. Ya Allah, setiap sendi serasa longlai.
            “ Cici, tolong Cici!” dia dengar suara itu. Cemas.
Dia tak mampu nak keluar suara. Cemas tadi bersilih kalut.
            “ Nape ni?...korang, dia pengsan la..”
Tubuh dah menjengah lantai. Dia cuba buka pelupuk mata. Balam dek wajah putih bersih bersarung gaun bak puteri. Cantiknya.. sebelum seisi alam jadi gelap pekat.
           

Demam

            “ Makcik risaukan Rel, Nizam. Demamnya tak kebah-kebah. Dah dekat seminggu dia macam tu. Ke klinik sudah. Hospital pun dah pergi. Doctor kata demam biasa. Tapi…kenapa lambat sangat nak baik?”
            “ Biasalah makcik. Demam Rel tu demam ‘luarbiasa’. Ada masa-masanya dia OK.”
            “ Ish..macam tu pulak? Demam luarbiasa macamana tu?”
            “ Demam yang special..hehehe…”
            “ Pandai-pandailah kamu Zam… “cubitan runcing Puan Zainah buat Nizam ketawa. Bukan sebab sakit, tapi gelihati dek wajah percaya yang penuh ragu-ragu. Demam luarbiasa? Demam special? Puan Zainah tinggal Nizam bersama gelengan. Dah masak benar dengan peel teman si anak yang kuat menyakat. Kalau dilayan, entah kan bila sudahnya. Ikan didapur tak bergulai la gamaknya.
            “ Woi, kutuk aku bukan main. Ingat aku tak dengar?”
Nizam hampiri Khairel yang berselimut bagai di katil. Kesian kawan aku ni. Puteri punya pasal sampai demam-demam? Ni tak boleh jadi. Kena pergi berubat jawabnya. Dukun, bomoh, ustaz,mm…ish yang mana satu aku nak suggest ni?
            “ Kau dah OK?”
            “ Macam nilah…kau tengok aku camner?”
            “ Secara fizikal OK. Mental, aku tak tahu..” sakat Nizam memaksa Khairel melempar bantal peluk kesayangan. Tepat mengena wajahnya.
            “ Fizikal mental aku semua OK la. Sihat walafiat. Aku demam biasa je….” Tekan Khairel bila lihat reaksi Nizam yang seakan tidak menerima.
“ Kalau demam biasa, makan panadol dah OK member. Kau ni demam luarbiasa” tambah Nizam.
            “ Demam luarbiasa???
            “ Demam angau!
Khairel dah melopong. Dikatanya aku demam angau?
            “ Banyaklah kau demam angau. Macam kau pernah bercinta. Sendiri pun tak pernah nak komen-komen orang konon.. Pirahhh…” ejek Khairel. Si Nizam yang kepala gila-gila ni nak jatuh cinta? Impossible..impossible….
            Nizam buat-buat tak dengar. Alahai..mengata dulang paku serpih. Mengata orang, diri sendiri yang lebih. Yang cakap tu pun belum arif pasal cinta. Tak layak dipanggil Dr Love pun. Hmm..takkan bersandarkan rasa angau pada si tuan puteri sudah dikira berpengalaman? Rel..Rel.... Tuan Puteri a.k.a wanita idaman yang entahkan wujud atau tidak dalam alam nyata ni.
            Seminggu lalu Khairel datang padanya, bercerita sungguh-sungguh tentang seseorang. Seseorang yang menawan mata dan hati si teman. Sesorang yang lengkap berpakaian serba putih ala puteri raja sedang berlari-lari di tengah padang bola. Susah benar akal waras Nizam untuk menerima itu realiti atau fantasi. Lebih-lebih lagi bila Khairel bagitahu dia nampak tuan puteri macam dalam kayangan. Mana nak jelas, petang-petang nak dekat maghrib boleh terlelap bawah pokok. Sedar-sedar je meracau jumpa tuan puteri. Seriau lah. Entahkan puteri manusia atau puteri bunian...
            Mulut Nizam dah berbuih-buih dek nasihat dan ingatan. Jangan diturut hati. Nanti makan diri. Tapi Khairel tetap menegak benang yang basah. Fikir Nizam.
            “ Aku dah jumpa dia. Aku pasti dia manusia biasa macam kita. Ada sepasang tangan, sepasang kaki, sepasang mata yang menawan. Ada hitung, mulut dan telinga.”
            “  Maksud kau?”
Khairel buka laci meja disisi katil. Dia capai kad segi empat kecil bewarna kuning. Hulur pada Nizam.
            “ Kad matriks siapa yang kau simpan ni?”
Nizam belek kad matriks milik seorang gadis berkulit cerah. Sekali pandang macam anak pak arab. Cantik! Puji dia dalam hati.
            “ Inilah jawapan bagi soalan-soalan kau selama ini. Aku tak mimpi. Tak berangan dan tak merepek yang bukan-bukan. And the most important thing is aku masih tahu bezakan yang mana satu fantasi, dan yang mana satu realiti.”

Dia bagaikan puteri
            “ Cici, cepatlah. Dah nak lunch nanti office bendahari dah tutup. Esok lusa dah nak guna sangat ni.” Gesa si gadis bila lihat si teman sedang sibuk menghadap photoshop. Sekejab-sekejab si gadis pandang jam tangan yang laju menunjuk ke angka sebelas pagi. Perlu ke bendahari dahulu, bayar denda sebab hilangkan kad. Kemudian ke tingkat 6 untuk mohon buat kad semula. Ish...kat manalah dia tertinggal benda tu? Dah tahu kad tu lebih berharga dari IC kat dalam U ni. Kenapalah cuai sangat. Dia bebel pada diri.
            “ Alah, kejab-kejab nak save dulu ni. Tunggu tau?” gambar puteri ala pari-pari sedia di edit. Kemudian disusun menjadi cerita dongeng inggeris dahulu kala. Cinderella namanya, projek semester ini mesti lebih baik dari sem yang dahulu-dahulu.
            Kaki Cici dah melangkah laju-laju mengejar si teman yang kalut macam cinderella hilang sepatu. Tak pandang kiri dan kanan, si cinderella melintas jalan laju-laju. Dan tanpa sedar dah terpelecuk atas jalan raya. Pemandu Swift hitam metallik menerpa keluar dari kereta. Cici yang datang menghampiri terkejut. Bukan kerana insiden tapi reaksi si jejaka yang kalut malut tengok keadaan temannya Diana. Semacam dia kenal wajah itu. Lesung pipit disebelah kiri nampak ketara.
            “ Awak yang pengsan hari tu kan?” Cici sapa dua jejaka yang sibuk bertanya perihal si teman.
            “ Ya, saya... and you all?” tanya Khairel. Dia yang ragu-ragu tadi cepat-cepat keluar, bila kedua matanya mensahihkan keadaan yang satu ini. Sungguh, dia cam. Tak silap dia inilah orangnya. Si gadis yang pakai baju putih bak puteri adalah insan sama yang terjelepuk atas jalan raya tadi. Dan temannya yang comel ni macam dayang yang selalu menjaga tuan puteri.
            “ Ye...awak dan kawan-kawan awak yang tolong saya hari tu. Tak silap lagi..”tambah Khairel pasti.
            Nizam yang terpinga-pinga cuba tafsir situasi ini. Pengsan? Yang selamatkan dia? Apa yang istimewa sangat. Biasa aje. Tapi..member aku ni excited terlebih. Macam terjumpa sedara mara yang terpisah berabad lama. Umpama jejak kasih! Khairel..Khairel...
            “ Yup, we are your saver...”
            “ Anyway, terima kasih banyak-banyak. Kalau korang tak kalut-kalut panggilkan member saya ni. Hmm..mesti dah landing baik punye kat depan toilet.”
            Khairel tarik Nizam. Buat Nizam terkejut tapi hulur senyum segaris. Buat-buat manis wajah. Si savers berdua ni rupanya yang menjerit bagai kat tepi toilet hari tu. Bertuah punya budak. Ingatkan ada bom ke benda... orang pengsan je..
            Khairel keluarkan kad matrik kuning. Tak syak lagi tuan puteri depan mata ini pemiliknya.
            “ If  not mistaken, this is your card. Isn’t it?” ditelek reaksi terpinga si gadis.
            “ Awak jumpa kat mana?”
            “ Saya jumpa kat tepi padang. Mula-mula nak serah pada bahagian keselamatan. Tapi, saya terlupa sangat-sangat. Bila ternampak awak masa saya pengsan tempoh hari. Saya rasa saya macam pernah lihat awak kat mana-mana. Rupa-rupanya awak, tuan puteri dan penyelamat saya adalah orang yang sama.”
            “ What? Tuan puteri?”Diana dan Cici saling berpandangan. Sudah terpinga-pinga. Namun Khairel senyum sumbing. Istilah yang baginya hanya dia dan Nizam sahaja yang tahu.
“  Wait! Jadi inilah tuan puteri kayangan yang berlari-lari di atas padang bola pada petang-petang hari itu?” ujar Nizam inginkan kepastian. Buat Khairel terangguk-angguk macam burung belatuk.
            “ Wait! Tuan puteri kayangan? Berlari-lari atas padang bola?Hah, ni mesti kes korang duk usha kami shooting kat padang kan hari tu? “ tebak Cici.
            “ Shooting?” kaki berhenti melangkah. Empat pasang mata saling berpandangan. Entah mengapa. Buah ketawa Cici meletus. Diikuti Diana dengan senyuman ranum namun layu tiba-tiba saat sepasang mata kuyu tak lepas merenungnya. Ish....kenapa dia ni?
            “ Yelah, yang korang nampak puteri lari-lari atas padang tu ni hah. Pelakon utama kami ni tengah shooting short story untuk asignment kitorang.” terang Cici lagi. Angguk Diana turut mengiakan. Cici punya pasal. Paksa dan desak dia suruh pakai baju ala-ala Princes, macam cinderella sebenar. Serba serbi putih. Adui, malunya! Ingatkan bila turun shooting lewat petang takde orang nampak. Macam mana pulak la mamat ni boleh ada kat situ.
            “ Korang punya short story buat orang angau. Ingatkan tuan puteri turun dari kayangan.”
            Nizam tepuk belakang Khairel yang sudah terbatuk-batuk kecil. Hehe....orang shooting pakai gaun putih dikatanya tuan puteri. Kelakarnya kawan aku ni...
            Riak wajah tuan puteri dah memerah padam. Sungguh. Tak sangka. Ada insan lain yang memerhati. Buat orang jatuh hati pulak tu! Kuatnya kuasa cinta, love at the first sight!
            “ Anyway, saya Saiful Nizam Bahardin dan member kamceng saya yang ala-ala Aaron Aziz ni Khairel Izzudin. “ Nizam memperkenal diri. Dah berjam borak sakan, baru nak bagitahu nama.
            Aaron Aziz? Tang manalah sama aku ngan si artis tu. Muka? Badan? Jauh sekali. Tapi, senyum ada iras-iras la.. Senyum Khairel dah tersimpul mati. Malu lah dipuji macam tu, depan kekasih hati. Erkk....perasan!
            Diana ketawa gelihati. Tercuit hatinya. Muka macho konon, tapi bila kena puji sikit-sikit dah malu-malu kucing. Adoyai...sweet gak mamat bertshirt PDI ni. Baru perasan, ada lesung pipit kat hujung bibir sebelah kiri. Kategori jejaka idaman aku ni. Sebenarnya dalam diam hati dah terbit suka dan senang. Kalaulah si dia tahu....
            Monolog diri Diana mati tatkala Cici ramah memperkenal diri.
“ Saya Syima Shafiq atau nama glamernya Cici. And this is my beloving friend forever Nurul Diana  Mohd Fauzi. U can call her Nurul, Diana, D or anything.Nak panggil Tuan puteri pun OK. Sangat-sangat dialu-alukan” siku dah berlaga. Diana dah senyum tanpa kata. Malu bertukar pihak.
Tuan Puteri Diana rupanya. Bukan sahaja wajah cantik, lemah lembut berbudi bahasa orangnya. Khairel menilai dalam hati. First impressions dah lulus cemerlang. Tak rugi percaya pada naluri.
            “Kawan-kawan. Perlu ke kita buat keadaan makin sesak kat sini?” Nizam berkata buat yang lain sedar diri. Ya Allah, mereka-mereka dah bercangkung tepi longkang. Dekat dengan jalan raya. Sengaja buat road block percuma. Sedang para pelajar dah bertali arus, menuju ke tempat parking. Apa da. Sesi suaikenal tak kena tempat.
            Akhirnya empat pasang bibir dah sama- sama tergelak. Entah kenapa. Mugkin ini boleh dikira hikmah insiden demi insiden antara mereka. Boleh Khairel pengsan depan toilet....yang tuan puteri pulak elok jatuh terpelecok kat tengah jalan... Alahai...tak romantik langsung!
            Tapi Nizam nampak dan perasan. Khairel senyum sampai ke telinga. Asyik-asyik curi pandang wajah putih bersih yang memang ayu. Kawan aku dah jatuh cinta. Alhamdulillah, dengan manusia biasa. Bukan manusia luarbiasa. Si tuan puteri yang nampak malu-malu pada awalnya tadi kini dah ramah bercerita. Bagai terlupa sakit di kaki. Entah-entah..dua-dua dah saling terpaut.
            Tinggal dia sahaja yang single tak berteman. Namun bila pandang Cici yang sibuk bertanya mengalahkan cik puan wartawan. Ai, nampak kiut miut la pulak budak comel ni. Akhirnya tanpa teragak-agak Nizam dah pasang agenda, seribu langkah. Hehe...it’s gonna be double date. Yabeda bedoo!!!


Tuesday, 1 November 2011

Cinta Dunia

karya : 13 Disember 2010




Meninggalkan dan ditinggalkan, mana mungkin punya maksud yang sama. Sedang ejaannya sahaja sudah berlainan. Yang meninggalkan mungkin merasakan ini keputusan terbaik untuk kebahagiaan bersama. Mungkin merasakan kelegaan dapat berterus terang akhirnya. Tapi, yang ditinggalkan bagaimana? Hari demi hari bertanya pada diri. Mengapa dan kenapa? Sedang dedikasi dan usaha sehabis sudah untuk membahagia. Tapi mengapa dibalas dengan kelukaan dan airmata?



“ Tak paham! Tak paham!” Sugul. Kusut. Serabut segala.
“ Jangan fahamkan benda yang dia sendiri taknak bagi kau faham.”
Dia pandang dengan wajah simpati. Kasihan adik aku. Diyana diam seketika. Mencari kata.
“ Tapi, aku lagi la tak faham Kak Ana. Kenapa dia sanggup buat macam tu?” tanya Dayah. Turut jatuh simpati. Entah kenapa soal cinta ini buat dia dungu. Walhal dia bijak. Bukankah dia penuntut tahun akhir pengajian perubatan. Yang satu ini, langsung dia tak faham. Kalau dulu Kak Ana, dan kini Abang Li. Ini suratan, ketentuan atau pilihan?
“ Kenapa dia taknak bagitahu aku kalau dia ada orang lain? Aku dah tanya dia banyak kali, kalau dia rasa aku tak layak untuk dia. Berterus terang. Bukan macam ni. Dah janji kan?. Tiba-tiba..” dia putus kata. Sebak dari dalam.
Diyana, Dayah berbalas pandang. Lantas dua pasang mata bertaut pada Dzulfazli. Mata itu kelam. Tak macam selalu. Sungguh.  Mereka sedarah sedaging. He’s hurt, i’m hurt a lots. Kata hati Diana. Membisik dalam-dalam.
Dua hari lalu wajah itu masih galak ketawa. Ceria wajah mencermin isi hatinya. Membilang hari, menanti detik bahagia. Huh...Diyana hanya mampu melepas nafas. Bukan menyalahkan ketentuan, dan takdir yang datang. Ya Allah sukarnya nak menerima semua ini.
Maaf Dzulfazli. Aku tidak merestui apa yang jadi padamu kini. Ini bukan soal memberi peluang atau apa sahaja. Ini soal kepercayaan dan rasa hormat yang dia musnahkan. Kalaulah aku boleh mencurah isi hati ini. Aku tidak akan sekali-kali mengizinkan dia menjadi ahli keluarga ini. Adik ipar kepadaku. Dan seorang isteri kepadamu.
“Bersemuka dan berterus terang. Luah apa yang terbuku. Lepaskan segala-gala. Itu lebih mudah kan?”
“Tapi..aku masih sayangkan dia. Aku masih ingin beri dia ruang dan peluang.”
“Ruang dan peluang itu hanya untuk mereka yang menghargainya. Yang memahaminya. “
Ya Tuhan. Aku tidakkan pekak untuk mengerti semua ini. Aku tidak sekali-kali buta menyaksi musibah ini.
          Diyana senyap. Tak mampu berkata walau sepatah. Entah kenapa, sejarah itu sudah berulang. Walhal sering dia panjatkan doa pada Illahi, biarlah derita yang pernah dia lalui itu tidak tertempias langsung buat insan-insan yang berada dekat dihatinya.
          Dan bohonglah kalau dia kata, dia boleh tersenyum bila menerima mesej Dzulfadzli lewat malam kelmarin. Silap-silap hatinya lebih luka, berdarah lagi. Takdir Dzulfadzli umpama menyelak tirai semalam yang tiada indahnya untuk dikenang. Lalu dia turut menangis. Teresak-esak lebihnya.
       Meninggalkan dan ditinggalkan, mana mungkin punya maksud yang sama. Sedang ejaannya sahaja sudah berlainan. Yang meninggalkan mungkin merasakan ini keputusan terbaik untuk kebahagiaan bersama. Mungkin merasakan kelegaan dapat berterus terang akhirnya. Tapi, yang ditinggalkan bagaimana? Hari demi hari bertanya pada diri. Mengapa dan kenapa? Sedang dedikasi dan usaha sehabis sudah untuk membahagia. Tapi mengapa dibalas dengan kelukaan dan airmata?
           Ya Tuhan, perkara yang dia takuti kini berulang.
         “ Yang aku tak boleh terima kenapa tak berterus terang? Beri harapan bukan pada aku sorang, tapi mak abah. Macamana?”
          Abah mungkin mengerti dan faham. Tapi, emak? Mengharapkan ikatan kasih si adik berpanjangan hingga ke mahligai bahagia. Bukankah emak yang beria-ia merancang segala persiapan. Menyedia apa yang perlu. Malah menghebah pada sekitar kampung dia bakal menerima kehadiran insan baru. Mak juga kerap memuji-muji. Bibirnya kata yang baik sahaja tentang Raihah. Tiada sedikitpun cacat celanya. Kurangnya diterima hati terbuka. Itulah mak, bila hati dah suka.
        “ Bagi aku, dia tak meletakkan kau ditempat teratas hatinya. Kalau dia begitu menyanjung dan menghormati engkau. Mana mungkin dia akan melakukan sesuatu yang akan melukakan hati kau. Lagipun siapalah emak dan abah untuk dijaga hati mereka, sedang mak bapa dia sendiri pun tak pernah dikhabar sebarang perkara. Saat ini, dia merasakan hatinya yang penting. Bukan hati siapa-siapa. Kenapa dan mengapa. Dia sahaja yang mampu menjawab semua persoalan itu” Bicara Diyana cuba memahamkan.
        Hati orang Dzulfazli. Macam hati kita. Sendiri-sendiri faham. Kalau tak dicerita, dikongsi mana mungkin orang tahu.
           Aku sendiri Dzulfazli. Empat tahun ni, masih bertanya pada diri kenapa Asyraf pergi meninggalkan diri ini. Atas dasar apa? Kerana apa? Aku tak henti bertanya. Akhirnya aku lelah, bila mula memahamkan diri. Hatinya bukan untuk aku lagi. Kerana apa dan mengapa. Aku tak tahu.
          Kalau kau mengharapkan Raihah membicarakan sebab dan musabab dia meninggalkan dirimu saat membilang hari diijabkabulkan. Kau harus bersedia untuk menunggu. Ataupun berlapang dada mendengar apa sahaja komentar tentang dirimu. Percayalah, kau akan merasa segala kurang dan salah datangnya dari dirimu. Macam aku dulu. Aku yang silap, aku yang salah. Dia benar. Betul sempurna.
Dia pandang wajah Dzulfazli lagi. Entah bagaimana untuk meluntaskan kata-kata semangat. Sedang masa-masa ini, kata-kata bukanlah penenang jiwa. Dia perlukan ruang dan masa untuk melapang fikiran. Menerima ketentuan..
            “ Aku tak boleh terima. Aku tak boleh maafkan dia.” Kata Hidayah buat Diyana terpanggung. Bagaikan silap di pendengaran si bongsu yang masih mengenal hidup, mencerna erti takdir ini kukuh dengan pegangannya.
Benar. Pengkhianatan itu kesalahan maha besar. Kecurangan bukan perkara untuk dibahaskan. Organ penting bernama hati takkan mudah nak menerima dengan lapang dada. Itu fikirnya. Logik hati dan akal sudah mampu menyimpul setiap satu perbuatan. Hidup ini umpama roda, what you give, you get back!
“ Aku bingung. Bingung sangat.”
Mana mungkin dia boleh sentiasa pura-pura tabah. Sedang sebulan dari sekarang, majlis yang direncana akan berlangsung. Rumah sudah dicat sempurna, langsir biru lembut siap dijahit, bunga telur sudah disusun, perabot dan kelengkapan sudah tersedia. Itu belum lagi cenderamata, baju kendarat, barang hantara. Segalanya lengkap sudah. Hanya menunggu harinya sahaja.
“ Dahlah Li. Jangan difikir-fikir sangat. Tenangkan fikiran. Macam nilah, nanti aku yang cakap dengan abah dan emak.” Diyana menawar diri. Sedang kepala sudah mengarang bahasa. Sebaik mungkin mengkhabar dengan wajah tenang bersahaja. Emak pun baru keluar dari hospital kelmarin. Tekanan darahnya masih rendah.
“ Haah abang Li. Kau jangan nak ingat-ingat dia. Fikir sangat buat apa. Dia dah nak dengan jantan lain. Tak guna nak ingat orang macam tu.” Kasar suara Hidayah buat Diyana membulat mata.
Ya Allah Hidayah. Abang kamu ni perlukan kata-kata semangat. Bukan sindiran atau sarkastik. Banyak yang belum engkau tahu. Berkongsi susah dan sedihnya orang bukan semata bersifat simpati, tapi empati! Memaham jauh ke akar masalah. Ke pokok persoalan. Ke isi hatinya. Dengan itu, kita akan menjaga setiap kata. Bukan hanya hembus sesuka.
Benar. Kita ingin menyedarkan dirinyaa. Tapi masanya akan tiba. Bukan tiba-tiba!
Diyana tergeleng kecil. Amaran dengan mata buat Hidayah. Sekali-kali diulang jangan bicara itu.
“ Anggaplah apa yang  datang pada kita ini hanya dugaan Allah .masakan kita mengaku beriman dengannya tanpa diuji?”
Kata untuk menyedap hati. Hatinya sendiri juga. Kalau dia memerlu dua tahun untuk menerima, empat tahun untuk buat-buat melupakan. Mengapa dia mengharap 24 jam ini Dzulfazli dapat melepaskan segalanya? Mengapa dia tidak memberi Dzulfazli empat tahun untuk menerima?
Ah! Dia tidak ingin Dzulfazli jadi sepertinya. Menolak takdir tuhan. Konon-konon memujuk diri, Asyraf masih menyayanginya. Asyraf bukan begitu. Asyraf tidak begini. Itu bukan Asyraf. Itu bukan dia. Itu orang lain. Nah, empat tahun sudah dia sendiri. Meminggir cinta buat insan bernama Adam. Sedang disana menyulam rindu-rinduan buat Hawa yang lain. Bodohnya dia!
“ Tapi majlis ini..”
“ Maha Suci Allah. Semalam hajat hati mak dan abah ingin menjemput saudara mara tidak kesampaian dek hujan ribut. Kad undangan masih ada. Tiada siapa yang menerima. Lagipun, setakat ini jemputan dari mulut ke mulut. Nampak tak? Allah sayang pada kita. Mendung diganti dengan pelangi nan indah. Percayalah, jodoh telah ditentukan disana. Mungkin bukan Idayu. Mungkin seseorang yang lain.”

2

“ Emak pengsan!” jeritan Hidayah menggema ruang rumah dua tingkat ini.
Dia yang sedang mencuci pinggan mangkuk usai makan malam tadi, pantas berlari. Mendapat emak di ruang tamu yang telah melonglai di atas sofa. Abah meniup-niup ubun emak.
“ Kenapa Abah?”
Dzulfazli yang entah dari mana datang menerpa. Kaget sekali. Walhal bukan kali pertama emak berkeadaan begini. Bukankah emak terlalu lemah untuk mendengar sebarang perkara. Perkara? Dia seolah bisa mengagak.
“ Abah dah bagitahu emak.” Kata abah buat mereka lemah lutut. Yang ditakuti jadi jua akhirnya.
Hidayah menghulur air masak mati buat emak. Abah memercik air ke muka emak. Buat emak tersedar. Entah tidak semena apa emak menangis teresak-esak. Hiba sungguh mereka melihatnya.
“ Dzulfazli..” panggil emak. Dzulfazli yang tertunduk menghampiri sisi emak. Berlutut di atas lantai.
“ Maafkan Dzul mak..”
Kini, masing-masing tidak dapat menahan sedih. Abah turut jua mengalir airmata. Bahkan dia dan Hidayah jua. Sama-sama merasa musibah ini.
“ Kenapa tak bagitahu emak?” emak mengelus rambut Dzulfazli. Penuh kasih dan kasihan. Pantas dikucup dahi Dzulfazli yang masih terhinggut-hinggut menangis.
“ Maafkan Dzul..” tangan tua emak dikecup berulang-ulang.
“ Tak apa Dzul. Allah tentukan yang terbaik buat hambanya. Tiada apa yang emak hendak kesalkan. Cuma emak sedih. Bila tahu anak emak terluka begini. Biarlah majlis itu. Tak salah  kan bersedekah?”
Majlis tetap berlangsung. Tetap jadi. Kata emak, setuju abah. Kami turutkan, kenduri doa selamat akan diadakan buat Dzulfazli yang kuat semangat menerima ketentuan Tuhan. Juga buat emak yang sudah semakin sembuh. Biar jadi pedoman. Cinta dunia, cinta sementara. Cinta Dia, cinta abadi selamanya.

Tuesday, 18 October 2011

Cuma Secebis Harapan : Episod 1

Mei 2005


Setitis dua airmata jernih jatuh ke sisi. Ku usap perlahan titis yang mula berbaki. Dan sendu yang terpaksa kutahan-tahan terlepas jua. Benarlah kata orang cinta pertama begitu memberikan kesan sehingga aku sendiri tidak mampu mecari titik penamat bagi sebuah perasaan ini. Adakah aku sudah kering dengan perasaaan kasih sayang yang terlalu sarat padanya, sehingga aku sendiri buta dalam menilai tiap sudut perkara.

Aku sering berdoa dan berharap, agar tuhan menurunkan satu jawapan agar aku dapat memastikan duduk perkara yang sebenar. Namun hingga ke saat ini aku masih lagi terus begini, mencari dan terus mencari harga diri.

Aku bingung..aku tak tahu apa yang harus kulakukan. Sudah bertahun ia berlalu. Namun aku masih tetap di sini,masih terus menanti sinar cinta yang entahkan bila akan terbit semula.


November 2006
Pedih menelan sebuah kenyataan. Serasa bergegar seluruh isi alam. Inikah hakikat sebuah percintaanku? Aku kecundang di tengah jalan? Akukah yang harus dipersalahkan?

“Ya Allah, apa sebenarnya yang ingin Kau perlihatkan padaku? Kenyataan hidup ini? Mengapa ia begitu perit sekali?

Perlahan-lahan tangan Diana menekan kekunci papan komputer ribanya. Dibiarkan iringan lagu Kenny Remy Martin membuai lembut. Segala keindahan itu bagaikan melayang-layang di bawa angin semalam.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar suatu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tika menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Sehingga telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagiku diriku amat bererti
Tetapi kubimbang untuk menyatakn
Bimbangkan berulang kesilapan


Kelopak  mata yang dihiasi bulu mata yang lentik kini hilang serinya bila semakin digenangi air mata. Terhenti jari jemari runcingnya yang sedang menaip, diungkai sedu sedan yang tak mampu tertahan.
            Dalam renungan yang kabur, Diana dapat melihat wajah-wajah kasih yang lalu. Sesaat hatinya digamit syahdu teramat sangat. Antara kerinduan dan kemesraan yang telah berlalu, ditengah-tengah jalan kehidupan dipenuhi kekeliruan. Keliru tentang erti hidup manusia sebenar.
            Qada’ qadar telah ditentukan, hanya aku manusia yang begitu lemah iman menidakkan ketentuanNya. Ataupun kerana aku telah begitu jauh dari naungan kasihNya sehingga dia mengujiku dengan seribu satu dugaan?

Diana meninggalkan lelahnya seketika. Membiarkan komputer riba yang sedang terpasang di atas tilam. Dia membolak-balikkan tubuh, sesekali matanya dibiarkan merewang ke seluruh bilik. Memerhatikan retak-retak yang entahkan bila wujudnya. Setiap kali mata cuba dipejamkan, seraut wajah muncul di ruangan mata.
 Pipi yang agak tembam bila mengukir senyum membuatkan dia begitu comel.
 Ah! Sukar benar ku buang kenangan itu. Untuk apa kuimbau sebuah memori andai ia terus-terusan merobek luka yang tidakkan hilang parutnya. Pedih mencucuk hingga ke ulu hati masih tersisa.
            Benar! Bukan tidakku cuba untuk menghindari sebuah ceritera sedih, namun apalah daya. Kekuatan dari mana harus kukumpul?
            Diana bergerak, menghampiri meja lalu mengeluarkan sebuah kotak dari laci bawah. Direnungnya kotak bercorak kuning keemasan itu, nampak masih elok dan terjaga. Secebis senyuman mendung terluah. Segala masih tersusun kemas, nampak seolah-olah baru semalam surat-surat tersebut berpindah tangan. Di suatu sudut terletak kemas sebuah kotak kecil bewarna biru. Dia mengamati perlahan, lalu diambil dan dipinkan ke baju.
            “Awak nak tengok tak, apa yang istimewanya lagi saya malam ni ? Ni…” dia mengacukan jarinya ke sisi bahu. Berkilauan kerongsang berbentuk rama-rama Batu-batu kecil yang menyaluti memancarkan cahayanya. Senyuman manisnya mekar lagi.
            “Cantik…tu yang buat saya bertambah sayang pada awak.” sebuah pujian begitu bermakna untuk didengar. Dalam sipu rasa indah yang hadir dia tersenyum manis.
            “Yelah…orang tersayang yang kasi….”
            Dia menahan mata yang mulai berkaca, namun sekuat manapun ia tak mampu diempang. Setitis dua jatuh dipipi. Diana membiarkannya mengikut rasa hati. Bagai duri yang menusuk jauh dalam-dalam. Bisa yang tak terlihat itu merebak seluruhnya. Dia hampir hilang upaya, langkahnya tanpa imbangan. Tubuh montoknya tersasar jauh dari tilam berbungkus baldu. Lalu dia jatuh terjelepuk ke sisi katil. 
Rembesan airmatanya laju tanpa henti. Serta merta mengundang rasa sakit di kepala. Dia cuba untuk tidak menzahirkan rasa melalui airmata,kerna itu akan lebih buat tubuhnya menderita. Dan kepalanya pasti menerima akibat ini. Dia membujuk hati minta dimengerti, biar isyarat itu difahami akalnya lalu mematikan tangisan yang bersisa. Dia tidak mahu, hari ini atau esok dia berkampung di dalam bilik lalu melarikan diri dari silauan cahaya mentari. Nanti dia pasti tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah, dia akan ketinggalan dalam pelajaran.

            Dia maklum benar, kondisi tubuhnya. Tekanan, tangisan bisa buat dia sakit kepala berpanjangan. Terkadang berhari-hari dia terpaksa menahan sakit yang sengaja dicari.            Arghh!! Bagai ada bola yang melantun-lantun maha hebat didalam kepalanya. Berdegung dirasa hingga ketelinga. Dia memicit-micit kepala dengan gugusan jemari tangannya. Laju jemari itu mengurut-ngurut dari kepala, kening hingga ke leher. Rasa itu tidak berkurang.  Untuk kali ini, dia simpati pada diri. Mengapa perlu diikut rasa hati, bukankah seksa begini?

Dia bangun menghampiri meja study. Ligat mencari tote bag bewarna biru miliknya. Bukankah aku selalu letak disini? Akalnya tak mampu berfikir. Diselongkar segala isi laci. Dia menarik nafas, cuba menenangkan diri. Beristighfar. Ya, dia sudah mampu mengingati. Lekas-lekas dia menuju ke arah beg laptop yang tergolek dibawah katil. Alhamdulillah, ada pun.

            Pil bewarna putih bersih disua ke mulut, berselang dengan air mineral yang kebetulan ada di atas meja. Denyut dikepala tidak hilang serta merta. Dia perlu merehatkan diri. Dicapai minyak cap kapak yang sedia ada di tepi katil, lantas disapu keseluruh pangkal leher. Persis orang tua. Bau minyak angin memenuhi rongga hidungnya. Dia bangun menutup lampu, kemudian menuju semula kepembaringan. Bantal panjang bercorak Mickey Mouse dibawa dalam dakapan. Selimut ditarik sampai melitupi wajahnya. Malam ini, dia akan bergelap gelita. Dia pantang pada cahaya. Sejak bertahun kaedah ini dipraktikkan bagi merawat sakit di kepalanya ini.

            Dia harus rasa bersyukur, kerna dia tidak apa-apa. Selalunya jika sakit kepala, ia akan lebih parah lagi. Dia akan muntah dan mabuk seperti orang yang morning sickness.